Cost VS Value

“COST VS VALUE” atau

“KOS RENOVATION VS NILAI”
.
Hari ini ada perbincangan mengenai isu ni. Katanya owner kata kos renovation yang dikeluarkan kena campur dalam harga rumahnya.
.
Kejadian ini berlaku semasa perbincangan penentuan harga dengan Ejen Hartanah dan bersama owner.
.
Secara kiraan begini yang difahami oleh owner :-
.
Harga pasaran rumah sekarang RM600K + Kos renovation RM200K = Harga jual RM800K.
.
Ringkasan yang saya dapat kongsikan:-
.
+ Kos dan Nilai adalah berbeza.
.
+ Bangunan mempunyai susut nilai.

+ Penambahan kos renovation dan extension rumah tidak semestinya menambah nilai pada rumah.
.
+ Ada juga jenis renovation yang memberi nilai, contoh pertambahan luas lantai (extension).
.
+ Ada jenis renovation bersifat memelihara penyelenggaran bangunan (susut nilai) sahaja, tiada penambahan nilai pada rumah.
.
+ Apa yang bernilai pada kita tidak semestinya bernilai di pasaran terbuka.
.
Kesimpulannya, bukan semua kos renovation akan memberikan nilai.
.
Sebahagian dari kos mungkin mempunyai nilai.
.
Ini adalah bukan sains atau seni..jadi rujuklah pada yg pakar..