Prosedur Menjual Rumah Belum Habis Bayar Balik Pinjaman Bank / LPPSA

Ini adalah antara persoalan yang biasa ditanya kepada saya sebagai ejen hartanah;

 

“Salam tuan, saya nak jual rumah.. tapi belum habis bayar. Boleh ke saya jual?”,

“Apa cara saya nak jual rumah belum habis bayar bank?”,

“Saya kena langsaikan baki loan yang belum habis bayar dulu ke sebelum jual?”

 

Persoalan ini sebenarnya agak mudah dijawab dan difahami solusinya. Hanya suatu perkara yang perlu diketahui oleh pemilik adalah konsep berkaitan ‘cagaran’ atau ‘charge’. Semua hartanah termasuk rumah yang dibeli menggunakan fasiliti pinjaman bank atau kerajaan, hartanah tersebut akan dicagarkan kepada bank pemberi pinjam tersebut. Ini bagi menjaga kepentingan mereka bagi menjamin wang mereka dipulangkan semula kelak.

 

Institusi bank pemberi pinjaman perumahan tersebut hanya akan melepaskan cagaran bilamana wang mereka telah dipulangkan semula. Sebelum baki pinjaman tersebut belum dilangsaikan, hartanah atau rumah tersebut langsung tidak boleh ditukar milik atau dijual. Jadi bagaimana nak jual semula kalau masih belum habis bayar?. Kita teruskan baca penjelasan dibawah.

 

 

Prosedur biasa penjualan rumah tak kira sama ada telah habis bayar atau belum habis bayar, ia tetap dimulai dengan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA). Kebiasaannya walau bukan semestinya, deposit yang dibayar oleh pembeli adalah 10% daripada harga pembelian. Bakinya adalah menggunakan pinjaman bank atau pinjaman kerajaan. Pembayaran baki memalui tunai (cash buyer) juga tidak menjadi isu.

 

Discharge of Charge: Proses penting bagi jual rumah yang masih ada baki pinjaman

 

Selepas menandatangani SPA bagi rumah freehold atau mendapat keizinan untuk pindahmilik (consent to transfer) bagi rumah leasehold, pihak peguam akan mengeluarkan ‘advice’ kepada pembeli/bank pembeli untuk selesaikan baki pinjaman penjual terlebih dahulu. Dan bank penjual akan melepaskan cagarannya terhadap hartanah tersebut. Ini adalah proses yang biasa dipanggil sebagai ‘Pelepasan Cagaran’ atau ‘Discharge of Charge’. Selepasnya, barulah proses pindahmilik dan cagaran semula oleh bank pembeli boleh diteruskan.

Selepas cagaran semula oleh bank pembeli dan pertukaran hakmilik kepada pemilik baru selesai, barulah bank pembeli akan menyelesaikan baki bayaran kepada pemilik dan proses ini dipanggil ‘Final Disbursement’. Disini, secara asasnya berakhirlah proses jual beli dan Penyerahan Kosong (Vacant Posession) kepada pembeli berlaku.

 

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah? Kami akan bantu bermula dari semakan MARKET VALUE, kajian MARKET DEMAND, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli. Hubungi segera di talian

019-211 2656 (Faisal)  014-6612435 (Siti)

Serahkan kekusutan proses jual rumah kepada kami 🙂