Freehold VS Leasehold

Freehold vs Leasehold

Apakah yang dimaksudkan dengan Freehold?
Freehold adalah pegangan kekal. Manakala Leasehold adalah pegangan bertempoh maksima 99 tahun.

Hartanah Freehold sentiasa menjadi pilihan pembeli dan pelabur hartanah.

Ini kerana :
1) Pindahmilik
Freehold boleh dipindahmilik antara bumi ke non bumi dan sebaliknya. Ianya tanpa sekatan di pejabat tanah.

Leasehold terdapat sekatan di pejabat tanah yang mana unit Bumi sukar di beli oleh pembeli Non- Bumi. Peratusan kelulusan adalah amat tipis. Tetapi sebaliknya unit Non- Bumi boleh di beli oleh Bumi dengan syarat Strata atau kebenaran dari pihak developer sekiranya hartanah masih “Master Title”.

2) Harga yang stabil
Apabila dibandingkan, status Freehold harganya lebih tinggi berbanding Leasehold.
Pajakan atau Leasehold sentiasa sinonim dengan sekatan kepentingan pindah milik.
Apabila tempoh sesuatu pajakan hampir tamat, ianya perlu direnew semula. Kos renewal bergantung pada Keluasan tanah dan kedudukan tanah samada di bandar, pinggir atau kawasan luar bandar. Semakin besar dan strategik, semakin besarlah kosnya.

Bank amat menitik beratkan tempoh pajakan yang tinggal untuk hartanah yang bakal dibiayai. Kebiasaannya untuk hartanah yang kurang dari 70 tahun, harga pasaran yang ditetapkan oleh penilai bank semakin rendah.
Manakala untuk hartanah yang kurang 60 tahun, bank semakin keberatan untuk membiayai hartanah tersebut.