Cara Pantas Menjual Rumah

Cara Pantas Menjual Rumah

Formula mudah untuk menjual rumah dengan pantas adalah seperti berikut :

1) Jual Di Bawah Harga Pasaran

*Jual di bawah harga pasaran di sini bukanlah bermaksud harga runtuh. Cuba buat sedikit research tentang berapa unit yang hendak dijual di kawasan anda, tawarkan sedikit rendah dari unit-unit lain.

2) Apa Selling Point Rumah Anda?

*Jika ada beberapa unit yang sama untuk dijual (kebiasaannya untuk apartment dan kondo) cuba kenal pasti selling point seperti :
-View
-Unit tepi
-Renovation
-Parking
-Furnish

3) Touch up dulu baru jual.

Cara ini cukup popular bagi penjual yang mahu memaksimumkan harga jualan. Cara ini berkesan kerana mood pembeli tidak berkurang sewaktu melihat unit yang kemas, cantik, tersusun dan tiada defect.

4) Lantik agen hartanah yang berpengalaman

Kenapa perlu melantik agen hartanah yang berpengalaman?
Kebiaasaannya mereka ini sangat professional dalam mengendalikan transaksi urusan jual beli hartanah dalam masa yang ditetapkan. Mereka mempunyai jaringan network yang bagus seperti lawyer, banker, jurunilai dan kontraktor yang berpengalaman.